KUMPULAN 1: 7 KAEDAH MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL
KUMPULAN 2: DYSENTERY
Disentri adalah radang usus yang menyebabkan cirit-birit dengan darah. Gejala-gejala lain mungkin termasuk demam, sakit perut, dan tenesmus rektum (satu perasaan membuang air besar yang tidak lengkap).
Ia adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan seperti bakteria, virus, cacing parasit, atau protozoa. Ia adalah sejenis gastroenteritis. Mekanisme ini adalah gangguan keradangan usus, terutamanya kolon.
KUMPULAN 3: KEPIALU
Demam kepialu atau Demam paratifoid (Typhoid Fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhoid. Demam kepialu biasa terdapat di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisi kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan makanan jualan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu di sesuatu kawasan.
Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam tinggi 103° ke 104 °F (39° ke 40 °C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, tompok bewarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.
Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain.
Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.
KUMPULAN 4:KOLERA
Penyakit taun atau kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria, vibrio cholera. Penyebaran virus ini biasanya berlaku melalui air minuman dan makanan yang tercemar oleh najis (produk sisa) daripada orang yang dijangkiti, termasuklah orang dengan tanda yang tidak jelas. Simptom penyakit ini termasuklah cirit-birit, perut tegang, mual, muntah, dan kekeringan. Rawatan utama taun adalah dengan terapi rehidrasi oral, yang biasanya dengan larutan rehidrasi oral untuk menggantikan air dan elektrolit dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.
Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:
- Penyejukan
- Pembekuan
- Penyimpanan pada suhu bilik
Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.
Bagaimana cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk?
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:
Anda perlu :
- Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. (Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
- Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
- Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa?Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
- Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk (Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
- Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa?Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
- Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)
Anda jangan :
- Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk (Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
- Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa? Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
- Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk (Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
- Menyimpan daging, ikan dan ayam/ itik di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari (Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
- Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari
KUMPULAN 5: MAKANAN SEJUK BEKU
Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama. Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.
Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku:
Anda perlu :
- Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
- Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
- Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
- Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Anda jangan :
- Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
- Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging ayam/ itik yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
- Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda.. (Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
- Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)
KUMPULAN 6: KAEDAH PENYIMPANAN MAKANAN PADA SUHU BILIK
Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan dengan betul adalah penting kerana :
- Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan
- Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
- Untuk kesedapan makanan tersebut
- Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut
Cara untuk menyimpan makanan pada suhu bilik
Anda mesti :
- Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat. (Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
- Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk
- Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah
- Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
- Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
- Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru
- Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik
- Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
- Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin
Anda jangan :
- Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun
- Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik
No comments:
"post-footer-line-3" /> ""
Post a Comment