Chef yang bijak untuk si manja anda
Konsep membuat pilihan makanan menurut piramid makanan adalah asas
dalam usaha mencapai diet yang lebih sihat dan seimbang. Cara anda
memasak sajian untuk keluarga dan jenis ramuan yang digunakan dalam
masakan juga penting.
Anda boleh menyediakan sajian yang lebih sihat
dengan menggunakan kaedah memasak seperti mengukus, menumisreneh,
memanggang dan membakar makanan anda.
Malahan, anda boleh
menggunakan bahan
seperti herba dan rempah sebagai perasa
sambil
mengurangkan lemak, gula dan garam dalam makanan atau masakan.
- Pilih ramuan lebih sihat
Pemilihan ramuan yang lebih sihat merupakan kunci utama penyediaan
pelbagai sajian yang lebih berkhasiat. Sesetengah ramuan boleh
digantikan untuk menambah baik kandungan khasiat pemakanan tanpa
menjejaskan rasa atau kelazatan hidangan.
- Mari cuba gaya masakan yang berlainan!
Terdapat pelbagai kaedah memasak makanan untuk
keluarga anda dan tidak semestinya semua sajian perlu
digoreng atau berendam di dalam minyak! Anda boleh
menggunakan beberapa kaedah memasak di bawah dalam
penyediaan sajian yang lebih sihat untuk keluarga:
Mengukus – Boleh mengurangkan kehilangan khasiat
makanan. Makanan dimasak dengan menggunakan haba
daripada wap. Cara ini sesuai untuk memasak sayursayuran,
ikan dan ayam serta dapat mengekalkan kebaikan
khasiat dan kelazatan semula jadi makanan. Mengukus
biasanya tidak menggunakan minyak.
Tumis goreng – Ramai yang mungkin terlalu sibuk untuk
membakar (dalam ketuhar) atau mengukus sajian makanan
anda setiap hari. Teknik tumis goreng adalah kaedah
memasak yang mudah, menjimatkan masa dan dapat
mengekalkan nilai pemakanan. Makanan seperti sayursayuran
yang kaya dengan vitamin B dan C sesuai dimasak
dengan kaedah ini kerana masa memasak yang singkat
mengurangkan kehilangan nutrien tersebut. Ingatlah,
gunakan sedikit sahaja minyak apabila menumis.
Membakar – Kaedah paling ideal untuk memasak daging,
ayam dan ikan tanpa penggunaan banyak minyak. Haba
dari dulang pembakar menyentuh makanan secara langsung
sekaligus mengedapkan bahagian luarnya. Oleh itu, rasa dan
sebahagian besar khasiatnya tidak hilang. Makanan tersebut
perlu sentiasa dibalik-balikkan untuk mengelakkan daripada
hangus dan memastikan makanan dimasak dengan rata dan
sempurna. Berbanding kaedah menggoreng dalam minyak,
kaedah ini menghadkan minyak dalam makanan. Malahan,
sebahagian lemak daripada daging mencair dan hilang melalui
proses ini.
Memanggang – Kaedah ini juga tidak memerlukan penggunaan
lemak atau minyak. Daging ialah makanan terbaik yang
boleh dipanggang untuk hidangan keluarga anda. Seperti
dalam kaedah membakar, haba yang secara langsung
menyentuh makanan mengedapkan bahagian luar dan juga
dalam makanan sambil mengekalkan jusnya. Makanan anda
hendaklah dibalikkan selalu supaya semua bahagian makanan
didedahkan kepada haba secara sama rata. Cara terbaik
untuk memanggang dan membakar dalam ketuhar ialah
dengan meletakkan daging di atas rak. Cara ini membolehkan
minyak yang berlebihan menitis ke atas bekas atau dulang
pembakar yang diletakkan di bawahnya. Seperti kaedah
membakar, sebahagian lemak daripada daging mungkin hilang
dalam proses memanggang.
Rendidih (braising) – Merendidih adalah teknik yang baik
untuk memasak daging yang liat, seperti daging ayam atau
lembu tua, atau daging yang secara semula jadi mengandungi
lebih banyak tisu penghubung (lebih berurat). Tisu inilah
yang membuat daging liat dan susah dikunyah jika tidak
dimasak dengan betul. Walau bagaimanapun, penggunaan
haba kecil secara perlahan dan lama di atas api dapur atau
dalam ketuhar boleh melarutkan tisu ini, menjadikan daging
lembut dan berair. Masa memasak yang lama juga membantu
menaikkan rasa makanan, menjadikannya lebih lazat. Jangan
lupa membuang lemak daripada daging sebelum memasak
dan menggunakan sedikit sahaja minyak untuk menyediakan
sajian.
Merenih/sup – Salah satu cara mudah untuk memasak
ialah dengan memasukkan pelbagai bahan makanan dan
ramuan ke dalam periuk tanah atau periuk masak perlahan
(slow cooker) dan biarkan direnih (stew) selama beberapa
jam tanpa perlu menunggu. Masakan stew ini adalah satu
kaedah yang boleh digunakan untuk melembutkan makanan
liat seperti daging. Anda juga boleh menyediakan sajian sup
untuk keluarga anda dengan mencampurkan sumber protein
daripada ayam dan sayur bersama, menjadikan hidangan
yang berkhasiat.
En papillote (masak dalam bungkusan) – Tahukah anda bahawa
anda boleh mengedapkan makanan dalam bungkusan dan
membakarnya secara en papillote? Makanan dimasak dengan
wap jusnya sendiri, yang terperangkap dalam bungkusan.
Kaedah masakan ini amat mudah, rendah lemak, dan senang
untuk dibersihkan alatannya. Anda boleh menggunakan cara
ini untuk memasak sayuran dan buah-buahan, ayam, ikan
atau makanan laut serta pasta.
*sumber nutritionist choice cook book
No comments:
"post-footer-line-3" /> ""
Post a Comment