nuffnang ads

""

Wednesday, 22 April 2015

Makanan Untuk Kanak-Kanak Menghidap Alahan


Pengenalan Alahan

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). 
Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. 
Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. 
Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.
Makanan yang menyebabkan Alahan
Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:
·         Susu lembu.
·         Telur.
·         Kacang soya.
·         Gandum.
·         Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
·         Makanan laut, kerang-kerangan (contoh: udang, ketam, kepah).
·         Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:

•     Angioedema (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).

•     Kesukaran bernafas dan berdehit.

•     Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah

•     Rasa loya, muntah dan cirit-birit.

•     Perut yang sakit dan memulas.

•     'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.


•     Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

ADHD

Menurut Azizi Yahaya (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku pada zaman kanak-kanak  yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan , keadaan hiperaktif yang kerap dan teruk berbanding biasa.



Pemakanan memainkan peranan bagi menentukan tahap seseorang kanak-kanak. 

Diet ataupun pemakanan yang betul perlu dijaga oleh setiap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak hiperaktif atau ADHD. Oleh sebab pemakanan yang betul memainkan peranan yang penting untuk kanak-kanak hiperaktif, mereka perlu dielakkan dari mengambil makanan yang manis. Di bawah adalah senarah makanan yang perlu dielakkan bagi kanak-kanak hiperakitf atau ADHD iaitu:-

1. Coklat
2. Gula-gula
3. Susu
4. Aiskrim
5. Mentega
6. Yogurt
7. Tomato
8. Jeruk
9.   Pisang
10. Anggur Merah
11. Epal
12. Koko


Kanak-kanak hiperaktif ADHD memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mempunyai gluten. Hal tersebut akan mengurangkan perilaku hiperaktif kanak-kanak tersebut. Di bawah adalah senarai makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak hiperaktif ADHD:-

1. Nasi
2. Ubi
3. Jagung tetapi bukan jagung manis
4. Ubi kayu
5. Pati jagung
6. Mee
7. Gandum
8. Roti
9.  Spaghetti
10. Kek kurang gula
11. Biskut


Kanak-kanak hiperaktif (ADHD) juga perlu mengambi makanan yang mengandungi protein. Makanan tersebut adalah:-

1. Daging
2. Telur
3. Kerang
4. Tauhu
5. Tempe
6. Kacang

Kanak-kanak yang menghidapi ADHD hendaklah mendapatkan rawatan. Sekiranya mereka tidak mendapatkan rawatan awal dan selanjutnya, kemungkinan besar mereka akan menghadapi pelbagai masalah.




Wednesday, 8 April 2015

OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK

OBESITI BAHAYAKAN KESIHATAN


Lebih berat badan atau obes bermakna mempunyai berat badan yang lebih daripada berat yang dianggap sihat mengikut ketinggian. Keadaan ini disebabkan oleh pengumpulan lemak secara
berlebihan di dalam badan anda. Obesiti adalah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa
dengan memberi kesan negatif kepada semua aspek kesihatan dalam jangka masa panjang.


Akibat Lebih Berat Badan atau Obes





Punca Utama Obesiti Lebih berat badan atau obes tidak berlaku dalam sekelip mata. Amalan gaya hidup yang tidak sihat dalam suatu tempoh masa yang berterusan akan membawa kepada ketidakseimbangan tenaga. Masalah ini berlaku apabila seseorang mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Pengambilan tenaga daripada makanan secara berlebihan dan kerap tidak menggunakan tenaga tersebut melalui aktiviti fizikal akan menyebabkan lebihan tenaga itu tidak digunakan, seterusnya disimpan sebagai lemak.




Obesiti Semasa Kanak-kanak 

Apa setiap ibu bapa perlu tahu???


 Montel tidak semestinya comel kerana anak anda cenderung untuk lebih berat badan atau obes apabila dewasa. 
Ini akan membawa kepada
peningkatan risiko di masa hadapan seperti kesukaran untuk bernafas, risiko tulang patah, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan kesan psikologi (kurang keyakinan diri). 
Langkah pertama untuk mengetahui jika anak anda berisiko untuk menjadi lebih berat badan atau obes adalah dengan mengukur BMI anak anda.




Monday, 6 April 2015

PENJAGAAN KESELAMATAN MAKANAN




KUMPULAN 1: 7 KAEDAH MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL


KUMPULAN 2: DYSENTERY

Disentri adalah radang usus yang menyebabkan cirit-birit dengan darah. Gejala-gejala lain mungkin termasuk demam, sakit perut, dan tenesmus rektum (satu perasaan membuang air besar yang tidak lengkap).

Ia adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan seperti bakteria, virus, cacing parasit, atau protozoa. Ia adalah sejenis gastroenteritis. Mekanisme ini adalah gangguan keradangan usus, terutamanya kolon.




KUMPULAN 3: KEPIALU

Demam kepialu atau Demam paratifoid (Typhoid Fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhoid. Demam kepialu biasa terdapat di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisi kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan makanan jualan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu di sesuatu kawasan.
Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam tinggi 103° ke 104 °F (39° ke 40 °C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, tompok bewarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.
Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain.
Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.


KUMPULAN 4:KOLERA

Penyakit taun atau kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria, vibrio cholera. Penyebaran virus ini biasanya berlaku melalui air minuman dan makanan yang tercemar oleh najis (produk sisa) daripada orang yang dijangkiti, termasuklah orang dengan tanda yang tidak jelas. Simptom penyakit ini termasuklah cirit-birit, perut tegang, mualmuntah, dan kekeringan. Rawatan utama taun adalah dengan terapi rehidrasi oral, yang biasanya dengan larutan rehidrasi oral untuk menggantikan air dan elektrolit dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.



Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:
  • Penyejukan
  • Pembekuan
  • Penyimpanan pada suhu bilik
Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.
Bagaimana cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk?
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:
Anda perlu :
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. (Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa?Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk (Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa?Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)
Anda jangan :
  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk (Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa? Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk (Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
  • Menyimpan daging, ikan dan ayam/ itik di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari (Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari


KUMPULAN 5: MAKANAN SEJUK BEKU

Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan  dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama.  Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.

Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku:
Anda perlu :
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
  • Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
  • Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Anda jangan :
  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
  • Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging ayam/ itik yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
  • Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda.. (Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
  • Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)


KUMPULAN 6: KAEDAH PENYIMPANAN MAKANAN PADA SUHU BILIK

Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan dengan betul adalah penting kerana :
  • Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan
  • Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
  • Untuk kesedapan makanan tersebut
  • Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut
Cara untuk menyimpan makanan pada suhu bilik
Anda mesti :
  • Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat. (Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
  • Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk
  • Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah
  • Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
  • Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
  • Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru
  • Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik
  • Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
  • Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin
Anda jangan :
  • Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun
  • Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik


Sunday, 5 April 2015

PENYUSUAN

GARIS PANDUAN PEMAKANAN SIHAT

Penyusuan eksklusif, dengan sokongan positif, untuk bayi sehingga berumur lebih kurang enam bulan adalah digalakkan. Penyusuan berterusan disyorkan selama sekurang-kurangnya 12 bulan – dan lebih lama jika diinginkan oleh ibu dan bayi.



Penyusuan merupakan pengalaman makanan pertama untuk
kebanyakan bayi. Susu badan mempunyai semua nutrien
yang diperlukan oleh bayi, dan satu-satunya makanan yang
diperlukannya sehingga berumur lebih kurang enam bulan. Secara
ideal, bayi akan tetap menikmati dan menerima faedah daripada
penyusuan hingga umur sekurang-kurangnya 12 bulan, atau lebih
lama jika diinginkan oleh ibu dan bayi.
Garis panduan keempat Garis Panduan Dietari Australia adalah
‘Galakkan, sokong dan promosi susu badan’. Kadar pemberian
susu badan Australia pada tahun 2010 adalah tinggi pada 96%,
walaupun begitu, hanya 15% bayi diberi susu badan secara
eksklusif sehingga berumur lebih kurang enam bulan.


Susu Ibu – Sempurna untuk bayi

Faedah penyusuan untuk bayi:

• Susu ibu mengandungi khasiat yang sesuai untuk bayi pada setiap
tahap perkembangannya.

• Susu ibu membantu melindungi bayi kecil daripada penyakit,
terutamanya jangkitan gastrousus, pernafasan dan telinga tengah.

•Menyedut untuk menyusu membantu membentuk dan
mempersiapkan rahang untuk gigi dan untuk bercakap.


Pengendalian susu ibu dengan selamat

Bayi harus minum susu ibu daripada ibunya sendiri sahaja. Maka, penting
agar susu ibu tidak diberi kepada kanak-kanak lain. Tempat kerja anda
mempunyai maklumat tentang penyusuan yang boleh anda beri kepada
para ibu, yang menjelaskan apa yang harus mereka lakukan dengan susu
ibu. Ini juga akan membantu para ibu supaya lebih selesa bahawa bayi
mereka akan diberi susu yang betul.


Label dan penyimpanan

•Susu ibu harus dibawa ke pusat kanak-kanak kecil:

1. dalam botol plastik yang disterilkan, yang disimpan dalam bekas terinsulasi

 2. dilabel dengan nama anak dan tarikh untuk digunakan.


•Botol harus diletakkan dalam dulang anti-tumpah pada rak
terendah peti sejuk. Ini adalah untuk memastikan jika terpukul
atau tertumpah, susu ibu tidak minitis pada makanan lain.

•Susu ibu yang tidak digunakan pada hari yang berkenaan
dan dibawa dari rumah harus dikembalikan kepada ibu atau
dibuang pada akhir hari.



Memanaskan susu ibu

Bayi boleh minum susu ibu langsung daripada peti sejuk, tetapi jika bayi
lebih menyukai susu hangat:

•• Panaskan susu dengan meletakkan botol dalam air hangat.

•• Selalu periksa suhu susu sebelum diberi kepada bayi.

•• Jangan hangatkan susu dalam ketuhar gelombang mikro, kerana

seringkali susu tidak dihangatkan secara rata dan boleh mengakibatkan
luka. Di samping itu, menghangatkan susu ibu dengan ketuhar gelombang mikro boleh memusnahkan faedah semula jadi tertentu.

•• Buang sisa susu ibu. Susu ini tidak boleh disimpan untuk masa
kemudian atau dipanaskan semula.


Protokol untuk susu ibu

Saat sampai masanya untuk memberi bayi susu ibu daripada peti sejuk:

•• Jika lebih daripada seorang bayi yang menerima susu ibu di
pusat kanak-kanak kecil, dua ahli kakitangan perlu memeriksa
bahawa nama pada botol ialah nama bayi yang akan disuapi.

•• Tandatangani catatan penyajian bayi.

•• Beri susu ibu dalam botol plastik yang disterilkan atau cawan
yang diberi oleh ibu. Sesetengah keluarga yang memilih untuk
menyuapi bayinya dengan botol, manakala keluarga lain
memilih agar susu ibu yang diperas disajikan dalam cawan. Bayi
biasanya siap untuk minum daripada cawan sekitar umur tujuh
atau lapan bulan.

•• Jika bayi diberi susu daripada ibu lain, atau anda berasa bahawa
hal ini telah berlaku, beritahu pengarah atau pengurus anda
dengan segera.


**sumber dari malaysian-staff-and carer-book



Saturday, 4 April 2015

PENUHI KEPERLUAN TENAGA DENGAN BMV





Pemakanan yang baik dan senaman yang kerap akan menjamin kesihatan dan kesejahteraan optimum keluarga anda. Diet yang tidak seimbang dan kurang berkhasiat akan mengakibatkan malpemakanan (sama ada terlebih atau terkurang).Gunakan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan untuk membantu anda menguruskan pemakanan dengan baik. Ia merupakan alat bantuan visual mudah yang dapat membantu anda dan keluarga membuat pilihan jenis dan jumlah makanan harian yang tepat. Ikuti prinsip-prinsip asas di bawah untuk memupuk tabiat makan yang sihat.



(Balance) Seimbang: 
Capai keseimbangan dalam diet anda dengan
mengambil kesemua 5 kumpulan makanan dalam sehari. Makanan yang
terletak pada aras paling bawah perlu dimakan secukupnya, manakala
makanan yang terletak paling atas perlulah dikurangkan pengambilannya.


(Moderate) Sederhana: 
Elakkan makan
berlebihan dengan menghidangkan secara
sederhana mengikut jumlah yang disarankan
pada setiap kumpulan makanan.




(Variety) Pelbagai: 
Pilih pelbagai jenis
makanan daripada setiap aras piramid kerana
tiada satu jenis makanan yang mampu
memberikan kesemua nutrien yang diperlukan.





Konsep BMV ini membantu anda dan keluarga
mendapatkan nutrien yang diperlukan dan mengekalkan
berat badan yang sihat di samping mengurangkan
risiko mendapat penyakit kronik yang berkaitan dengan
pemakanan.



*sumber: prinsip makan secara sihat

Friday, 3 April 2015

Kaedah Memasak Untuk Si Manja

Chef yang bijak untuk si manja anda



Konsep membuat pilihan makanan menurut piramid makanan adalah asas
dalam usaha mencapai diet yang lebih sihat dan seimbang. Cara anda
memasak sajian untuk keluarga dan jenis ramuan yang digunakan dalam
masakan juga penting. 

Anda boleh menyediakan sajian yang lebih sihat
dengan menggunakan kaedah memasak seperti mengukus, menumisreneh,
memanggang dan membakar makanan anda. 

Malahan, anda boleh 
menggunakan bahan 
seperti herba dan rempah sebagai perasa 
sambil 
mengurangkan lemak, gula dan garam dalam makanan atau masakan.

  • Pilih ramuan lebih sihat
Pemilihan ramuan yang lebih sihat merupakan kunci utama penyediaan
pelbagai sajian yang lebih berkhasiat. Sesetengah ramuan boleh
digantikan untuk menambah baik kandungan khasiat pemakanan tanpa
menjejaskan rasa atau kelazatan hidangan.


  • Mari cuba gaya masakan yang berlainan!
Terdapat pelbagai kaedah memasak makanan untuk
keluarga anda dan tidak semestinya semua sajian perlu
digoreng atau berendam di dalam minyak! Anda boleh
menggunakan beberapa kaedah memasak di bawah dalam
penyediaan sajian yang lebih sihat untuk keluarga:


Mengukus – Boleh mengurangkan kehilangan khasiat
makanan. Makanan dimasak dengan menggunakan haba
daripada wap. Cara ini sesuai untuk memasak sayursayuran,
ikan dan ayam serta dapat mengekalkan kebaikan
khasiat dan kelazatan semula jadi makanan. Mengukus
biasanya tidak menggunakan minyak.


Tumis goreng – Ramai yang mungkin terlalu sibuk untuk
membakar (dalam ketuhar) atau mengukus sajian makanan
anda setiap hari. Teknik tumis goreng adalah kaedah
memasak yang mudah, menjimatkan masa dan dapat
mengekalkan nilai pemakanan. Makanan seperti sayursayuran
yang kaya dengan vitamin B dan C sesuai dimasak
dengan kaedah ini kerana masa memasak yang singkat
mengurangkan kehilangan nutrien tersebut. Ingatlah,
gunakan sedikit sahaja minyak apabila menumis.

Membakar – Kaedah paling ideal untuk memasak daging,
ayam dan ikan tanpa penggunaan banyak minyak. Haba
dari dulang pembakar menyentuh makanan secara langsung
sekaligus mengedapkan bahagian luarnya. Oleh itu, rasa dan
sebahagian besar khasiatnya tidak hilang. Makanan tersebut
perlu sentiasa dibalik-balikkan untuk mengelakkan daripada
hangus dan memastikan makanan dimasak dengan rata dan
sempurna. Berbanding kaedah menggoreng dalam minyak,
kaedah ini menghadkan minyak dalam makanan. Malahan,
sebahagian lemak daripada daging mencair dan hilang melalui
proses ini.

Memanggang – Kaedah ini juga tidak memerlukan penggunaan
lemak atau minyak. Daging ialah makanan terbaik yang
boleh dipanggang untuk hidangan keluarga anda. Seperti
dalam kaedah membakar, haba yang secara langsung
menyentuh makanan mengedapkan bahagian luar dan juga
dalam makanan sambil mengekalkan jusnya. Makanan anda
hendaklah dibalikkan selalu supaya semua bahagian makanan
didedahkan kepada haba secara sama rata. Cara terbaik
untuk memanggang dan membakar dalam ketuhar ialah
dengan meletakkan daging di atas rak. Cara ini membolehkan
minyak yang berlebihan menitis ke atas bekas atau dulang
pembakar yang diletakkan di bawahnya. Seperti kaedah
membakar, sebahagian lemak daripada daging mungkin hilang
dalam proses memanggang.

Rendidih (braising) – Merendidih adalah teknik yang baik
untuk memasak daging yang liat, seperti daging ayam atau
lembu tua, atau daging yang secara semula jadi mengandungi
lebih banyak tisu penghubung (lebih berurat). Tisu inilah
yang membuat daging liat dan susah dikunyah jika tidak
dimasak dengan betul. Walau bagaimanapun, penggunaan
haba kecil secara perlahan dan lama di atas api dapur atau
dalam ketuhar boleh melarutkan tisu ini, menjadikan daging
lembut dan berair. Masa memasak yang lama juga membantu
menaikkan rasa makanan, menjadikannya lebih lazat. Jangan
lupa membuang lemak daripada daging sebelum memasak
dan menggunakan sedikit sahaja minyak untuk menyediakan
sajian.

Merenih/sup – Salah satu cara mudah untuk memasak
ialah dengan memasukkan pelbagai bahan makanan dan
ramuan ke dalam periuk tanah atau periuk masak perlahan
(slow cooker) dan biarkan direnih (stew) selama beberapa
jam tanpa perlu menunggu. Masakan stew ini adalah satu
kaedah yang boleh digunakan untuk melembutkan makanan
liat seperti daging. Anda juga boleh menyediakan sajian sup
untuk keluarga anda dengan mencampurkan sumber protein
daripada ayam dan sayur bersama, menjadikan hidangan
yang berkhasiat.

En papillote (masak dalam bungkusan) – Tahukah anda bahawa
anda boleh mengedapkan makanan dalam bungkusan dan
membakarnya secara en papillote? Makanan dimasak dengan
wap jusnya sendiri, yang terperangkap dalam bungkusan.
Kaedah masakan ini amat mudah, rendah lemak, dan senang
untuk dibersihkan alatannya. Anda boleh menggunakan cara
ini untuk memasak sayuran dan buah-buahan, ayam, ikan
atau makanan laut serta pasta.




*sumber nutritionist choice cook book